2012

♡Assalamualaikum♡

Last day on 2012...Welcome 2013..

2012 semakin malabuhkan tirainya...Banyak yang berlaku sepanjang tahun 2012..Yang manis, yang pahit..Dan yang pastinya apa saja yang berlaku semakin mendewasakan aku..Mematangkan aku..Apa saja yang berlaku pasti ada hikmahnya...Yang penting kita sebagai hambaNya sentiasa redha..

Masuk tahun baru, umur pun semakin bertambah...Hmmm..rasa macam dah tua sangat la plak..Huhu..Semoga apa yang diimpikan, dirancang akan menjadi kenyataan...In shaa allah...Amin....Sama-sama kita berdoa...

Imbas kembali 2012 banyak yang berlaku...Dan yang paling sedihnya, abah Mr Alon dah kembali ke rahmatullah 20 Disember yang lepas...Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah....=(...

Kepada Mr Alon, harap bersabar dalam menempuh hari-hari yang akan datang...Teruskan perjalanan hidup anda, arwah sentiasa ada dalam hati anda...=)

Good Bye 2012....





Pulau Aman

♡Assalamualaikum♡

Jom pi Pulau Aman....
Hari Krismas yang lepas aku sempat ke Pulau Aman. Dah lama dengaq orang sebut-sebut Pulau Aman ni tapi aku tak penah sampai pun. Hah, kali ni jom kita teroka Pulau Aman.

Pulau Aman terletak kira-kira 16 km nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil yang paling hampir dengan Pulau Pinang selain Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan. Kepada para pelancong yang ingin ke pulau ini bolehlah menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Batu Musang, Batu Kawan dengan harga RM 6.00 bagi perjalanan pergi dan balik..

~Mohon DOA~

♡Assalamualaikum♡

Mohon DOA dari kawan-kawan semoga abah Mr Alon sihat seperti sediakala...=(


اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

 " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Bubye..Sayonara (Part 3)

♡Assalamualaikum♡

Second day...
Pagi-pagi lagi dah bangun, siap..Semangat nak pi shopping...
Ensem Boy Uwais pun tak bangun lagi time ni..

we are ready...bluessss...
Abaikan muka Mr Alon yang sangat serius tu ok..Kening pun dah macam ShinChan dah..hehehe!!


♥ Kisah Kami ♥

♡Assalamualaikum♡

Sapa tak kenai Maria Elena kan...Suma blogger mesti kenai dia..One of my favourite blogger...Sempoi and full of sense of humour...Tak jemu kalau tengok tutorial shawl dia...Tak daknya nak control-control cun..Sempoi ja ngan muka pelik yang come dia tu..

Tak sabaq rasanya nak tunggu wedding Maria Elena & Asfirdaus...Dah tak lama dah rasanya...Congrat in advance to both of u...Semoga bahagia till Jannah...=)

Behind the scene Maria Elena & Asfirdaus







Buah-buahan

♡Assalamualaikum♡

5 cara sukakan buah-buahan

Pastikan buah-buahan ada di dalam senarai pembelian barang dapur kamu setiap minggu.

Beli pelbagai jenis buah-buahan supaya kamu tidak mudah jemu untuk makan setiap hari.

Bawak buah-buahan ke pejabat sebagai kudapan mudah apabila kamu lapar.

Jadikan buah-buahan sebagai snek ketika kamu menonton televisyen ataupun menonton wayang.

Sekiranya kamu tidak gemar memakan buah-buahan, jadikan ia sebagai jus.



Nur Syamimi Jamaludin, starting from now, fruits will be ur bestfriend...=)

Bubye..Sayonara (Part 2)

♡Assalamualaikum♡

First day in KL, duk umah men ngan Baby Uwais..Pastu tidoq sepuas-puasnya..Hahaha...Bleh cmtu kan..
Badan letih, so nak pi jalan pun rasa malas ja...

Nama saya Uwais Amar..

Birthday..

♡Assalamualaikum♡

Small Birthday Celebration for Kak Sha...Simple, sweet and with lot of love...



Bubye..Sayonara.. (Part 1)

♡Assalamualaikum♡

Saipa bubye, sayonara plak? Heheheh..
Entry kali nie, trip to KL, untuk antaq Mr. Alon. Tapi aku follow sampai KL ja. Johor Bahru tak dibenarkan.Huhu.. Mr Alon kata jauh sangat nanti nak balik sorang-sorang nek bas. Ok la, KL pun KL lah...Janji aku bleh ikut..wakakakak..

Sebelum ke KL, macam biasa kami singgah Hospital Penang ziarah abah Mr Alon..Memang tiap-tiap minggu Mr Alon akan pi tengok abah..Kalau kebetulan aku cuti, aku pun follow.. Dah lebih sebulan abah kat hospital. Hope sangat kesihatan abah makin baik dan boleh balik rumah..Aminnnn..

Malam, kami singgah umah my sis..Rehat-rehatkan badan. Tengah malam kami bertolak..Mr Alon drive..Aku???Lagi mau tanya ka..Hahhahaha...buat taik mata lah..ekekekeke..

Malam tu ujan lebat sangat..Tapi aku tak sedaq pun kat mana yang ujan..Yang aku tau sesekali aku bukak mata, aku nampak ujan..Mata dah ngantok sangat, so aku tak amik tau dah kami kat mana..Cuma aku celik gak nak cek Mr Alon ok ka dak..Hehheheh...

Happy Birthday

♡Assalamualaikum♡


Entry nie ditulis khas untuk wish Birthday to Kak Sha. She is my BFF, my sister. Dia dah banyak bantu aku sepanjang aku kat sini. Susah senang aku. Dah banyak kami kongsikan bersama. Thanks for everything..

Happy Birthday.Semoga sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T.. Moga tabah dan kuat dalam menjalani hari-hari mendatang dan jugak semoga sentiasa bahagia bersama anak-anak dan suami tersayang..Aminnn...


Welcome December

New month, new day, new date, new chapter, new page, new wishes! Welcome December...

Diam tak diam dah akhir tahun. Rasa sat sangat masa berlalu. Tak lama lagi tahun baru, 2013. Ohhhh...tidak...Umurku akan meningkat lagi setahun. Rasa tersangatla tua. Huhu. 

2012...Tak lama lagi akan tinggalkan kita. Apa saja yang berlaku pada tahun nie akan mematangkan lagi kita untuk hadapi tahun-tahun yang akan datang. In Shaa Allah. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Aku takkan lupakan apa yang berlaku sepanjang 2012 nie. Tapi aku akan teruskan hidup aku macam biasa. Anggap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kepada sesiapa yang berkenaan, aku takkan lupakan nama anda sampai bila-bila. Macam pepatah yang mengatakan, "Forget your enemy but never forget their name". =)

To Mr Alon, gud luck for ur new job. Kalau nak tau, Mr Alon la nie dah jauh dah dari aku. Huhu. Nie la kot orang kata Cinta Kutub Utara, Kutub Selatan. Aku jauh di utara tanah air, dia plak jauh di selatan tanah air, JOHOR. Tapi, demi masa depan kami, aku ok ja. Hehe.. Hope dia dapat biasakan diri kat sana tanpa aku. Cewahhhh...Hahahah..

Biar jauh di mata, asalkan dekat di hati..=)



24 November 2012

♡Assalamualaikum♡

Apa yang istimewanya ngan tarikh nie??
Hewhewhew...Malam nie mood sedikit romantik ok..=)

24 November, 5 tahun lepas...I'll become Mrs Alon..hehheeh!!
Tapi bukan secara rasminya ok, yang tu akan datang...In Shaa Allah!!

Pejam celik, pejam celik..5 tahun dah kami kenai..Rasa sat sangat masa berlalu..5 tahun dah rupanya kan..
Doakan kami sampai ke destinasinya yang sepatutnya tau..heheheh..=)

Selama 5 tahun nie, macam-macam yang dah kami lalui..pahit, manis suma ada.. Apa saja yang pernah kami lalui semakin mematangkan kami..Semoga apa yang kami hajati akan tercapai..

To Mr. Alon, Happy Anniversary syg..I luv u then, now & forever..Like u said, semoga tahun ke 6 akan disambut dengan ikatan yang sah...In Shaa Allah..aminnnn!!can't wait for that...=)





Muzium Kota Kayang...

♡Assalamualaikum♡

Plan yang tak dirancang..Sepatutnya aku nek feri kui 12.00 sebab aku masuk qeja kui 2 ari nie...Tapi disebabkan cuti sekolah, ramai pelancong yang nak masuk Langkawi, aku cuma dapat tiket kui 1.30 ptg...Huhuhu...Kepada sesiapa yang berkenaan, aku tau ada orang bebai ngan aku, marah aku sebab nak kena cover aku sampai la aku sampai..Huhu...Aku bukan sengaja nak lambat, keadaan yang memaksa,...So, sorry from me...=(

Disebabkan ada masa lebih kurang sejam setengah lagi, aku singgah Muzium Kota Kayang, Perlis..Dah banyak kali lalu tapi tak penah terniat nak singgah pun...So, ari nie jom kita singgah tengok apa yang ada...

Sambil menyelam minum air....

♡Assalamualaikum♡



Tanpa dirancang we are heading to Penang...Dengan niat nak ziarah abah Mr Alon yang ada kat Hospital Pulau Pinang...Sama-sama kita berdoa semoga abah kembali sihat macam dulu..Amin..

Tambatan Janji Sham & Ina...

♡Assalamualaikum♡




Kasih terikat, cinta tersirat...
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

14 November 2012, tarikh keramat yang menyatukan pasangan sehati sejiwa Abg Sham dan Ina..Tahniah kami semua ucapkan..Kasih yang sekian lama bertaut, kini termetri sudah...Cewah, berjiwang plak aku kan...Heheheh...Mood romantiklah katakan...Pasangan yang disatukan nie, boleh dikatakan dah lama aku kenai..Akhirnya bersatu jugak..

Embun Dingin Corner..

♡Assalamualaikum♡

Steambot & BBQ...



Makan sampai kenyang...Puas hati sangat makan kat sini...
Harga yang berpatutan...Satu kepala rm10...Makan pi la banyak mana pun..Tambah pi la banyak mana pun..Janji perut kenyang..Tapi kena makan sampai abeh apa yang kita amik tau..Kalau dak, kena caj...

Shopaholic!!

♡Assalamualaikum♡

Girls, sapa suka shopping???
Rise up ur hand....hehhe..

Every woman knows that SHOPPING has a relaxing effect, and this is exactly why we love it so much..
Right Girls???

Fakta menarik tentang Wanita yang suka shopping...They have a fewer wrinkles and feel much younger than those who dislike shopping...Wah2, awet muda gitu..

Aku? Aku memang suka shopping..Mr Alon pun sama..Pantang ada peluang...Abeh suma Shopping Mall yang ada kami jelajah..Tapi kami bukanlah tergolong di kalangan mereka-mereka yang SHOPAHOLIC...

SHOPAHOLIC is somebody who addicted to shopping...Aku tak dak la sampai addict nak shopping..Parah la kalau dah sampai tahap camtu..I'll shop when I have something to buy ataupun bila dah lama sangat tak shopping, baju-baju suma dah berkurangan..So, aku akan shopping..Hehheeh!!

Mr. Alon is my Fashion Advisor..hahhha...bleh camtu...
Senang shopping ngan dia..Sebab dia tahu which one is the best for me...and i'll know which one is the best for him...

LetsShopping!!

Istanbul Aku Datang ....

♡Assalamualaikum♡



Sapa yang dah tengok movie ne?
Sapa plak yang belum tengok?
Aku? confirm la aku dah pi tengok..
Movie nie antara list movie yang mesti tengok ok..
Best sangat..lain dari yang lain..Romantik, Sedih, Lawak..Suma bercampuq..
Paling best tengok lakonan slumber Lisa Surihani n lakonan cool Beto Kusyairi yang hensem tu..Aduhhhh...
Tomok?Hmmmm..best jugak..tapi macam ada kaku sikit..Tapi apa-apa pun 4.9 star untuk movie ne..Heheheh...

" Contest I Choose To Wear Hijab "

♡Assalamualaikum♡


Klik BANNER untuk join contest!!


1st prize
RM50
Maxi skirt 
Bawal plain 
Review blog

2nd prize
RM30
Maxi skirt 
Review blog

3rd prize
RM20
Bawal plain 
Review blog

 3 saguhati (Random.org)
Bawal plain (sehelai setiap seorang)
Review blog

Tarikh tutup : 7 Disember 2012 (sebulan je) 


Wanita & Pilihan

♡Assalamualaikum♡

Hidup ini pilihan, semua mahu yang terbaik..Terpulang kepada kita mahu pilih yang mana satu.. Cuma ada dua, kita sendiri yang pilih, kita mampu mengubahnya...

Bagaimana kita membuat pilihan dalam hidup?
Bertanya kerana pilihan yang diambil menentukan jalan hidup kita..

Setiap pilihan menghasilkan risiko..Setiap risiko mendatangkan masalah...Setiap masalah mungkin akan mendatangkan bencana...

Jejaki Myanmar...

♡Assalamualaikum♡

Just nak berkongsi info tentang Myanmar..Aku beli magazine Cosmopolitan, dalamnya ada satu pamplet about Myanmar. Rupa-rupanya banyak jugak benda yang menarik di Myanmar. Sebelum nie aku tak penah ada keinginan nak melancong ke Myanmar, tapi sekarang??Hahahahah!! Salah satu destinasi yang aku mesti pi..

Jom check apa yang menariknya Myanmar nie..



Menangislah!!

♡Assalamualaikum♡

Detik kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan kegembiraan..
Detik kematian seorang insan juga dihiasi tangisan, tapi bezanya tangisan kesedihan...

Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia...
Air mata adakalnya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyimpit perasaan, menyesak kehidupan..Orang selalu kata menangislah sepuasnya untuk melepaskan segala macam perasaan yang menghimpit dalam hati..

Manusia menangis kerana bermacam-macam sebab...
Menangis sebab sedih..
Menangis sebab gembira..
Menangis sebab rasa keinsafan..
menangis sebab kecewa..
Menangis sebab cinta..
Menangis sebab takut..
Menangis sebab geram..
Menangis sebab hipokrit pun ada k..heheh..

Pendek kata manusia nie dalam apa situasi sekalipun, tak boleh lari dari mengalirkan air mata..paling ketara sekali kaum wanita kan..

TANGISAN SI KECIL!!

♡Assalamualaikum♡

Ari ne first day aku masuk qeja lepas cuti balik kampung...
Ari ne berkenalan dengan rakan qeja yang baru..Dah bertambah lagi sorang..So, lepas nie senang sikit la nak cuti kan..Tak payah nak berebut-rebut dah!!

Ari ne aku hampir mengalirkan ari mata..
Sebab apa?
Sebab aku sangat sedih bila dengaq tangisan sorang kanak-kanak kecil yang menanggung kesakitan luka terbakaq..
Puncanya, bila si bapa bakaq sampah, dan tiba-tiba ada benda meletup dan terus sambaq si anak ne..
Sedih..Tapi benda nak jadi kan..Tak leh nak salahkan bapa dia jugak..Dia pun tak sangka ada benda nak meletup kan..
Kita bleh amik iktibar, beringat sebelum nak bakaq sampah tu, pastikan tak dak benda yang mudah meletup...
Kalau tak pasti, jauhkan anak-anak dan diri sendiri dari tempat bakaq tu..

Mungkin ada untungnya sapa yang qeja kat hospital ne..Memang la kadang-kadang tu tension dengan kerenah patient yang macam-macam..Tapi bila lagi kita nak belajaq tangani keadaan macam ne kan, masa ne la kita nak kuaqkan segala skill yang kita dah blajaq..Cewah...cam banyak sangat skill aku ne kan..Hahahahah!!

Apa-apa pun, beringatlah sebelum jadi apa-apa..
Jadikan apa yang berlaku ne sebagai pengajaran untuk kita semua!!


MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA!!

Rumput Ular Sabah

♡Assalamualaikum♡

RUMPUT ULAR SABAH


First time aku dengaq dari mulut Mr. Alon..Aku tak penah tau wujudnya tumbuhan ne...Aku sangat perlukan pertolongan dari kawan-kawan yang tau kat mana aku bleh dapatkan Rumput Ular Sabah nie..Kalau dapat secepat mungkin lagi ok...

Rumput Ular Sabah nie bleh ubati macam-macam jenis penyakit..Salah satunya kanser..Ayah Mr Alon sangat perlukan pertolongan anda semua..=(

Aku try search dan aku jumpa satu blog yang cerita pasai tumbuhan nie..Blog Sis Ani..Sis Ani ada habaq dia tanam tumbuhan nie..Kebetulan Sis Ani duk kat Langkawi..So, aku harap sangat kalau aku bleh jumpa untuk dapatkan tumbuhan nie..Kalau Sis Ani terbaca blog nie, tolong contact saya yea..Melalui FB pun tak pa, senang saya nak bagi no. contact..

Ini rupa Rumput Ular Sabah..

~LOVE~

♡Assalamualaikum♡

LOVE isn't blind or deaf or dumb. In fact it sees far more than it will ever tell. It is going beyond yourself and stretching who you are for someone else. Being in LOVE entails seeing someone as you wish they were. To LOVE them is to see who they really are and still care for them. LOVE isn't bitter, but you can't have LOVE without pain. Sacrifice is the hallmark of LOVE, the coin of LOVE.

Being in LOVE usually is used in a romantic sense when you meet your significant other transforming a normal relationship into a deeper one without further interest in others.

LOVE means that you trust the person, would do anyhting for the person, know that person is with you though thick and thin, isn't afraid to be seen with you.










Yeaaaa...aku ada gambaq raya!!!

♡Assalamualaikum♡

Raya tanpa gambaq raya rasa cam tak lengkap kan??
So, ini lah yang aku tunggu-tunggu...
Akhirnya, aku ada jugak gambaq raya ngan kawan-kawan..
Tapi, sayangnya ngan family tak dak..Huhuhu!!

Tak kisahlah, janji aku dapat jugak raya ngan family aku..

Jom kita layan gambaq raya..

Balik Raya!!

♡Assalamualaikum♡

Hmmm...dah abeh raya ka??
Blum lagi kan, blum cukup sebulan lagi..
Raya kan sebulan..
Tapi, aku dah kembali qeja..Huhu..
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, cuti aku lagi 2 ari kena cancel..So aku kena la balik Langkawi awai 2 hari..Huhuhu...

Tapi apa-apa pun aku puas ati sebab dapat juga jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..Lama la sangat kan..Hahahah!!Walaupun tak semua yang aku sempat jumpa..

Aku selalu balik kampung nek feri ke Kuala Perlis, tapi kali nie aku nek feri yang ke Kuala Kedah...
Sebab Mr. Alon kata balik qeja nak trus mai amik aku...So, nak senang aku kena la nek feri ke Kuala Kedah...Cewah..rindu aku la tu..hahahahah!!

Aku tak suka nek feri ke Kuala Kedah...
Sebab apa??
Sebab lambat nak sampai, aku cemuih duk lama-lama dalam feri..
Satu g, orang selalu habaq alun kuat..Bukan Mr Alon k..kihkihkih...Tapi laut yang beralun..


Kucing Kami Comel.

♡Assalamualaikum♡

Sapa suka kucing??? Angkat kaki cepat...:-)
Aku memang pantang nampak kucing..tak kira la kat kedai makan ka, kat tepi jalan ka,  kat mana-mana saja..Memang aku akan p pegang..Aku geram..

Kat umah kat kampung aku bela kucing..
Tapi bila dah duk sendiri nie, aku tak dak bela kucing..Niat tu ada, tapi cukup la sekali, aku tak mau sejarah berulang lagi.. SEdih kot..

Dulu, staf hospital ada jumpa sekoq anak kucing..tengah merayau-rayau..kecik sangat..ibu dia tak dak..
Aku nie yang memang pencinta kucing ne pun bawak la balik umah..
Aku bagi nama Chibi...come sangat..

Baru nak raya ker?????

♡Assalamualaikum♡

Raya dah abeh belum???
Belum kan...raya kan sebulan..

So, aku masih dalam mood raya..Malah semangat raya sangat berkobar-kobar..Hehheh..
Sebenaqnya, aku baru nak balik raya kat kampung...Sedih kan kan...orang len dah tak raya pa..huhu!!

Tapi, ada aku kesah.,.aku nak balik raya gak..Aku dah pesan kt Mr Alon, teman aku p beraya..
So, untuk kawan-kawan tu, bersiap sedialah anda sebab Insyallah aku akan serbu rumah..Heheheheh!!

ooooooo...balik kampung...
oooooooo...balik kampung...


Mr Alon & Hindustan???

♡Assalamualaikum♡

Wanita dengan movie hindustan memang sinonim..
Tapi, lelaki dengan movie hindustan???

Aku & hindustan??
Hmmm..macam irama dan lagu..Tak dapat dipisahkan...Hhehe...
Cakap la cita hindustan mana yang aku tak tau...Kebanyakannya memang dalam kepala otak aku..
Kalau tengok cita hindustan yang disiarkan kat tv dengan kawan-kawan...Aku akan cita dulu apa yang jadi dari mula sampai abeh..Hahahahah!!

Sampaikan aku boleh paham tengok cita hindustan yang tak dak subtitle BM @ BI..
Penah sekali tu, patient dari India mai hospital...Sambil daftar, kawan aku sembang dengan patient tu..
dan tiba-tiba kawan aku tanya patient tu I love U dalam bahasa hindi..
Tapi bukan patient tu yang jawab, aku yang tolong jawab..Heheh..
Dah aku tau, aku tolong jawab la kan..Tak yah la susah-susah nak tanya patient tu..Hehehe...

Mungkin ada ramai jugak lelaki yang suka tengok cita hindustan..
Tapi bukan Mr Alon...dia memang tak suka tengok cita hindustan..kalau aku habaq aku tengah tengok cita hindustan...Ada ja benda dia nak kata kat aku..

Salam Aidilfitri!!

♡Assalamualaikum♡

Sempena hari yang mulia nie,aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...
Tahun nie aku beraya kat hospital lagi..nie tahun kedua, berturut2 tau...huhu..
Sedih memang sedih, sebab family kawan2 suma duk seberang sana...tapi demi tugas, aku rela..paksa rela sebenaqnya..

Hari nie,aku merajinkan diri aku untuk siapkan sikit juadah untuk hari raya..Maklum la tu pun terpaksa sebab hari raya nie mana nak cari kedai makan yang bukak kan.heheh..Nak beraya kat umah member2 cini pun, sorang2 kan paham2 ja la...Alamatnya aku balik umah tidoq ja la satgi..Huhuhu!!!

Ok, back to the story, pagi nie aku bangun awai sebab nak masak nasi daging...First time nak masak sendiri nie, selalunya ma n my sis ja yang duk masak..aku??tolong tengok n makan ja..Hehehe..

Aku Merajuk????

♡Assalamualaikum♡

Aku merajuk???Dah lama sangat tak update blog..
Aku merajuk kat sapa??
Hahahaha!!
Takdak  masanya aku merajuk..
Cuma busy dengan qeja..Busy la sangat kan...

Time-time puasa cam nie,kalau bleh nak cuti sebulan trus..nak duk umah, bukak puasa ramai-ramai ngan family...Huhu..sedih..Dah nasib hidup di perantauan kan..Apa-apa pun, alhamdulillah sampai hari nie aku masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa aku dengan sebaiknya...

Dah jauh dari family nie, aku sempat la tumpang ngan family orang len..Hehe...Thank to  family Adah, yang sudi nak jamu aku makan bukak puasa..Jangan risau mak cik, saya makan ckit ja.. Tak banyak pun..

Thanks jugak untuk Kak Sha yang selalu masak sedap-sedap dalam usahanya untuk cuba menaikkan nafsu makan aku..Hahahah!!

Minggu ne aku nak balik kampung..Yehooooo..Sronoknya...Bleh rehat puas-puas kat umah..Sapa nak ikut??Jom2...

Rasa cam lama tak balik..Hahaha...
Dalam aku bergumbira nak balik, ada jugak sedihnya..
Sebab apa??
Sebab aku tak balik raya...Uwaaaaaaa...
Orang len setahun sekali balik raya..
Aku?? Dua tahun sekali balik raya..Sapa nak jawab nie..Huh.






Butterfly

♡Assalamualaikum♡


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagi bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu







I Love You!!

♡Assalamualaikum♡


"You are the best things that's ever happened to me. You're my love and my best friend. 
And every day that goes by, it seems like I discover something new about you to love. 
It's incredible to me how one person can make such a big difference in my life.
You touch my heart in a way I never knew before."

,,Girlfriend,,Part 2,,

♡Assalamualaikum♡

We're back in Part 2...
Kali nie still nak gosip-gosip...Tapi kali ne kami breakfast sama-sama...
Janji nak jumpa kui 8.30 kat Breakfast Bar, Pantai Chenang..
Tapi, ada la orang tu terlajak tidoq..Rasanya balas dendam sebab kemarin kena breakfast sorang-sorang kot...Kihkihkih...
Sementara nak tunggu Erin sampai, aku n Adah jalan-jalan tepi pantai dulu...Sempat la snap pic..


,,Girlfriend,,Part 1,,

♡Assalamualaikum♡

Selalu dating ngan boyfren ja...
Kali nie aku nak dating ngan girlfren aku plak...
Kami ne nama ja duk satu pulau..
Tapi nak hang out skali,punya la payah!!
masing-masing sibuk ngan komitmen..
sorang ngan bisnes,sorang ngan study,.,
Maklum la, kawan ngan budak-budak sekolah..Heheheh.adah, jgn marah nnti cepat tua!!!
So, plan nak lepak skali kat Secret Recipe..nak gosip-gosip, nak bergelak ketawa...

Tanjung Rhu With Love

♡Assalamualaikum♡



Sapa penah lepak Tg Rhu, Langkawi??
Kalau yang penah tu mesti nak pi lagi nanti..
Tg Rhu tak macam Pantai Chenang, yang sentiasa penuh dengan pelancong-pelancong..dah crowded sangat dah aku tengok..Tg Rhu tak ramai pengunjung, mungkin sebab lokasi yang agak tersembunyi..Kat cni sangat sesuai untuk orang yang nak cari ketenangan..

BEN ASHAARI DAN SAYA...

♡Assalamualaikum♡



Lama menunggu segmen dari Abg Ben, akhirnya kau muncul jugak..hahahah!!
Bagi yang nak join, KLIK banner di atas!!



Bagi aku,aku suka baca blog yang banyak mengisahkan tentang perjalanan hidup seseorang. Cita pasai family, anak-anak, orang-orang yang terdekat, percutian family. Pendek cita kisah hidup seseorang. Aku juga suka baca blog gosip hiburan. Ya la, nak tau la jugak apa yang berlaku dalam industri hiburan kita kan. Lagi satu, aku jugak suka baca blog yang santai. Yang ada macam-macam benda. Lawak, gambaq menarik, kisah-kisah luar negara.



Dah Besaq Rupanya Budak Ni!!!

♡Assalamualaikum♡

Budak mana yang dah besaq nie??
Dari sekecik tapak tangan manusia, dah jadi sebesar tapak tangan dinasour jadinya...
Dari sepuith salju, dah jadi...................heheheheheh!!
Sapa yang aku maksudkan nie???
Jom kita tengok...


Hahahahhahahahaha.....kecik-kecik come ja kan..Dah besaq pun come sangat....Auuuwwww!!!

Bukit Merah Laketown Waterpark,,

♡Assalamualaikum♡

10 Jun 2012...

Plan asai nak pi The Lost World Of Tambun. Tapi, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, plan bertukaq. We're heading to Bukit Merah Laketown Waterpark....Yeeeeehaaaaa!!!
Dari 10 orang yang nak pi, last-last tinggai 7 orang ja..Huhu..Tak kisah la, janji leh enjoy sama-sama!!

Wan Boy, Waiie Bam Bam, Ayoi, Pak Tam Lit Lit, Nadia, Mr Alon & of coz Me... 
Trip dimulakan seawai jam lebih kurang 7.30 pagi..awainya!!! Semangat nie..Semangat..Semangat nak tengok orang utan..hahahahah!!!
9.45 a.m
Yeeehaaaa...Here we are!!
Harga tiket plak bleh pilih nak yang mana..ada macam-macam jenis pakej yang kita bleh amik..Jom ushaaaaa...


Yeeaaaa...tiket dah dapat...serbuuuuuuuu...kami amik pakej untuk masuk waterpark ja, Rm 29..Pulau orang utan len kali plak..Orang utan tu dah selalu tengok, bak kata depa suma..hahahahahahah!!tengok kat mana tu??nak tau???

RAHSIA!!!hehehehhe...




Dalam waterpark tak dak pic langsung,..sebab masing-masing tau nak terjun ja..Sapa plak yang nak jadi photographer kan...Aku???Ohhhhh,tidak....
Tapi, yang bestnya..dalam waterpark tu ada photographer yang bleh amik gambar kita...tapi bukan free tau...nak tangkap gambaq banyak mana pun tak pa..free..tapi kalau nak soft copy atau hard copy, bayaq la no!!

Kami pun apa lagi,...cangak g..Snap sebanyak mana yang kami nak..


Sami duk bertapa dalam ayaq..hahaahah!!

Pak Tam Lit Lit

Wan Boy, Ayoi, Ezza & Waiee Bam Bam..


Sempoi dak????heheheh...
Yang syoknya, ada la sorang tu tolong ajaq cara-cara nak tenggelam lama dalam ayaq...Pakat try la suma..Tapi tak leh nak lawan...Siap tidoq dalam ayaq g..Huh...Tak pa, cuba lagi di lain hari..hahahahah!!

Sapa penah pi Bukit Merah??
Try nek suma yang ada ka dak??
Boomerang??
Aku???hahahahahah!!!tengok orang nek bleh, aku nak nek...kirim salam ja la..tak kelapaq aku..silap-silap bleh dapat heart attack..
Sapa yang nek???Kemas la sapa yang nek tu...yang len sapa pun tak brani..Mr Alon????pun sama cam aku..heheheheh!!

Dah puas pusing-pusing mandi-manda...kulit pun dah bertukaq kaler...HITAM...huhuhu!!
Jom balik.....

Plan lepas tu nak lepak kat Queens Bay..Pusing punya pusing, cari parking pun tak dak...Last-last lepak Padang Kota..Jom-jom...

Sampai-sampai ja, apa yang kami nampak???
Ne haaaaa...



Apa tu??Aku pun tak tau nak namakan apa...perhimpunan haram ka apa ka, ntah la,,,Tapi yang pastinya, ada pihak kerajaan dan jugak pembangkang...

Ahhh...abaikan..kami mai bukannya nak dengaq ceramah ka apa ka..mai nak lepak-lepak, cuci mata!!

Lepak,cuci mata..

Ha...amik kau,..memang cuci mata sungguh la...hahahah!!


Ini perhimpunan yang diketuai oleh Pak Tam Lit Lit...Perhimpunan untuk menyelesaikan masalah sleeping beg..hahahahah!!!
Masa untuk cari makan...Suma sepakat nak makan Char Koey Teow...aku yang tak makan pun kena ikut ja la...Kali nie aku nak try makan tengok,sedap ka dak..

Mr Alon tnya aku, saipa tak makan Char Koey Teow..aku pun tak tau saipa...Aku rasa sebab dia lembik-lembik,berayaq sama kot,...cam geli ja..heheheh...tak bek, tak bek,,makanan tu,,,

Char Koey Teow Sungai Dua


Muka-muka kelaparan ka muka nampak awek cun???

Ni pun muka kelaparan gak kot..

Bila perut lapaq, senyum pun tak mau dah..

Char Koey Teow Sungai Dua..Terbaik!!








SUJUD!!

♡Assalamualaikum♡




Assalamualaikum..

Apabila kita dilanda musibah apakah sikap yang perlu kita ambil??
Janganlah kita bersedih, berduka dan janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah Taala..Semua itu ada hikmahnya..
Ketahuilah bahawa ketika sesuatu musibah itu datang, ianya merupakan ujian bagi hamba, untuk dilihat mana yang benar imannya dan mana yang dusta.

Apa yang mesti dilakukan oleh orang yang beriman jika musibah datang...

1.  Meyakini bahawa semua musibah datangnya dari Allah.
Prinsip ini harus kita pegang, agar kita tetap istiqomah.

Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah SWT.

2.  Menyedari kesalahan kita bila musibah itu datang kerana dosa kita.
Ini adab kita di hadapan Allah SWT, sekalipun semua musibah dari Allah SWT, kita tidak menyalahkan Allah SWT tetapi menyalahkan diri sendiri.

3.  Berfikir, mengapa musibah tiba?
Kerana dengan berfikir, kita menjadi orang yang selalu ingat dan takut kepada Allah SWT.

4.  Bertawakal kepada Allah SWT
Maksudnya menjadikan Allah SWT sebagai penolong kita dari semua urusan.

5.  Bersabar atas ujian Allah SWT
Bila kita dilanda ujian berupa kesengsaraan, hendaklah bersabar dan meningkatkan harapan kita kepada Allah SWT. Tapi, bila ujian itu berupa kesenangan, hendaklah kita bersyukur dan meningkatkan takut kepada Allah SWT, agar kita tetap waspada dan istiqomah.

6.  Berbaik sangka kepada Allah SWT
Tidaklah Allah menguji orang mukmin melainkan kerana Dia menyenanginya dan kerana untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

7.  Tidak putus asa tapi berharap rahmat-Nya.
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah SWT, melainkan kaum yang kafir.



Pizza Hut

♡Assalamualaikum♡

Jalan-jalan Cari Makan..

Kali ne kita makan Pizza Hut plak k..
Anyway, sebenaqnya dah lama kami pi makan..Cuma tak sempat nak update entry ja..Cam la bz sangat kan!!
Sebelum tu, kami jalan-jalan tengok movie kat Gurney Plaza...Tengok movie Dark Shadow, best cita tu...Tapi, tengok sorang-sorang ja..Nak tau orang sebelah watpa?????Jeng..jeng..jeng...

TIDOQ la jawapannya...Huhuhu!!

OTW ke QueensBay Mall..
Tu dia..Mr Alon dah start tengok oder dah..Juling biji mata tengok macam-macam jenis makanan..heheh!
Selesai sesi mengoder..Kita galak-galak dulu na..heheh!!



Ok...tak mau cakap banyak...Jom kita makan!!







Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

♡Assalamualaikum♡



Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Kali ni aku muncul dengan segmen terbaru...Uiiit, bukan segmen aku tau, aku yang nak join segmen...
Jom kita usha segmen apa kali nie..

Segmen nie hanya untuk blogger yang followernya bawah dari 500..Kira aku ne memang layak la sebab follower aku baru ja 166..

Bagi yg nak join segmen ne KLIK BANNER di atas..

Tarikh tutup : 12 Jun 2012

Cepat-cepat sebelum terlambat...



Fiksyen 302

♡Assalamualaikum♡


LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereke menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabut. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.....tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!









Aku, Penyepit??

♡Assalamualaikum♡

Apa perasaan anda, bila anda tak dapat menghaditi majlis pernikahan BFF anda?

Sedih kan kan kan..Huhu..
Tak dapat nak sama-sama meraikan hari bahagia...
Anyway, tahniah untuk BFF aku..Siti Munirah Hussain yang dah sah jadi isteri orang lepas solat Jumaat tadi.
Cam tak caya ja dah kawen kawan aku nie..Hehe..
Semoga bahagia menempuh alam perkahwinan bersama suami tersayang..
Untuk resepsi nanti confirm aku orang pertama yang sampai wey..Kihkih..Aku kan nak jadi penyepit hang nanti...

Gambar kidnap dari FB Kak Mira..Hehheheh!!




Mr Alon vs Ezad Exist

♡Assalamualaikum♡

Wah2...Mr Alon vs Ezad Exist gitu..heheheh!!
Mr Alon cakap, ramai yang penah teguq muka dia ada iras-iras Ezad Exist..Kebetulan depa satu kampung kat aloq setaq..Umah tok Mr Alon berdepan ja ngan umah Ezad..Kadang-kadang time raya nampak la si Ezad ne balik beraya..

Jom kita tilik tengok sama ka dak!!























Amacam???Sama dak??Sama gak kan cikit2...Tapi yang pastinya, My Mr Alon tetap no satu dihati...Kihkihkih!!!




Senggugut @ Dysmenorrhea

♡Assalamualaikum♡



Sesetengah pompuan bila mai hadi, akan rasa sakit yang dipanggil senggugut atau dalam bahasa omputehnya "period pain" atau dalam bahasa medicalnya "dysmenorrhea" (tak tau eja btoi ka dak..heheh).

Sakitnya memang payah nak digambarkan bagi yang tak penah rasa. Sebab tu ada sesetengah pompuan nie bila period ja mula emosi tak stabil, kira nak marah orang ja. Sebab apa?? Sebab tak tahan sakit. Tapi seeloknya kita pompuan nie jangan la tau nak sembuq orang tak tentu pasai plak. Naya orang.

Tapi, selalunya senggugut nie tak berpanjangan, cuma ari awai-awai period ja. Dua atau tiga ari ja. Lepas tu sakit tu akan hilang dengan sendiri. Insyallah!!

Aku, salah sorang orang yang selalu kena senggugut nie. Tapi, stakat nie aku rasa tak penah plak aku nak marah-marah orang ikut suka ati ja...Btoi ka?? Btoi kot...heheheh!!Sakitnya, adoiyay...tak leh nak digambarkan.. Time tu nak wat qeja len pun kalau bleh tak mau dah..Tapi, tak dak la plak tiap-tiap bulan..Sesetengah bulan ja..Stakat nie alhamdulillah, aku masih leh qeja cam besa..Tak perlu nak MC-MC sangat..Lagi bleh qeja kita qeja..

Saipa aku cita pasai senggugut plak nie???
Motif utamanya nak crita pasai sorang patient nie..Sebelum tu apa aku nak kata cuma satu ja..

BODOH PUNYA POMPUAN!!!

Oooppsss...Maafkan saya!!
Hahhahah...tu untuk melepaskan rasa marah..leh kot camtu no..

Alkisahnya cam nie.. Ada sorang regular patient yang selalu mai sebab senggugut..Nak sebut nama ka??
tak yah la kot no..Dia bila mai ja muka memang cam tenuk dah..Meluat tengok..tau la kita tu sakit pun, wat la muka elok-elok ckit aih..Orang len pun sakit gak..
Dia mai cam besa doktor akan cucuk ubat tahan sakit dulu..untuk kurangkan rasa sakit senggugut tu..Tapi, kali ni dia mai, doktor nak cucuk, dia tak mau..Dia kata takkan tiap kali mai nak kena cucuk??Abeh tu, kalau tak cucuk cam na nak hilang sakit kan??Ngok btoi...Motif utama dia nak amik MC...Bila orang nasihat ckit mula nak melenting kata staf cini kurang ajaq..Mentang-mentang hospital kerajaan..Abeh yang tak dak kena mengena pun dia nak sembuq..Sapa tu??Aku la..Hampeh btoi..Aku cakap elok kot dengan dia..Memamg bodoh btoi la..Depan-depan aku bleh dia kata p**i m*k...Oooiiii pompuan, tak malu kat orang len ka yang duk dengar..Kita tu pompuan..Malu la ckit!!Aku yang dengaq ni pun rasa malu kot...

Tapi yang pastinya, walaupun dia melenting tak tentu pasai. Doktor tetap bagi MC ok!!!

Kita tengok lepas nie dia nak mai lagi ka dak..Kalau dia mai gak, memang dia orang yang sangat tak malu..Dah maki sekandaq orang kat cni, ada hati nak mai dapatkan servis lagi...

Sekian, terima kasih..



Cinta Bersatu!!

♡Assalamualaikum♡



Di matamu ku berharga

Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu



Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu



Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku



Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku



Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu



Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuat diriku jatuh cinta padamu