Second Baby Is Coming - Part 1

♡Assalamualaikum♡

Jumaat, 2 Februari 2018

Hari ne hari last qeja sebelum balik kampung. Macam biasa aku amik cuti 2 minggu awai sebab takut terberanak dekat Putrajaya. Dah satu qeja nak kena import mak aku mai sini. Kihkihkih...

Lewat malam gerak balik Kedah dengan harapan tak terberanak dekat tengah jalan. Hahahaha..

Alhamdulillah, selamat sampai Changlun dengan jayanya. Time ne memang tak dak tanda-tanda baby nk keluaq lagi. Cuma ada qasa hint-hint awai ja. Tu pun sekali sekala.


Sabtu, 3 Februari 2018

Malam, first checkup dengan Dr. Haida dekat Mahsuri Medical Centre (MMC). Sekali lagi MMC jadi pilihan sebab dekat dengan umah. Lagi pun masa Kak Long Khadeeja pun bersalin dengan Dr. Haida. Dr yang sempoi dan best.

Alhamdulillah, baby dah engaged. Cuma tunggu masa nak keluaq ja. Time ne estimate berat baby 2.9 ke 3.0 kg. Kurang dari last checkup dekat KK Putrajaya, 3.3 kg.



Ahad, 4 Februari 2018

Petang ne sempat ke umah Che Det. Memang dari awai dah habaq kat Mr Alon kita kena pi umah Che Det sebab teringat ayaq nyoq pandan kat umah dia. Hehehehh.. Nak minum puaih-puaih sebelum baby keluaq. Sekali Che Det jamu 4,5 biji sorang. Puaih hati, balik tidoq lena...


Isnin, 5 Februari 2018

Pagi ne terjaga awai. Qasa tak sedap perut. Tapi relek-relek lagi. Pagi ne jugak ada checkup dekat KK Kubang Pasu. Drive sorang pi klinik sebab Mr Alon duk umah jaga Kak Long Khadeeja.

Dekat klinik mula qasa contraction tapi tak kerap. Boleh tahan dan layan lagi. Sambil drive balik umah, sambil layan contraction.

Sampai umah, makan dulu, rehat-rehat. Lebih kurang jam 11 pagi, contraction makin kerap. So, apalagi mula la guna app dekat phone untuk kira time contraction. Makin lama, makin kerap dan konsisten 30-50 saat dalam masa 4-7 minit sekali. Habaq kat Mr Alon tak yah pi MMC lagi sebab masih bleh tahan qasa contraction tu.

Tengah hari, mandi, lunch dekat umah dulu. Then jalan-jalan dalam rumah layan contraction. Tiba-tiba ada qasa something keluaq. Turun tanda lendiaq jernih. Time ne pun cakap kat diri sendiri, relek jangan gabra, belum masanya lagi. Sempat mandi lagi sekali dengan ayaq panaih. Time mandi turun lagi tanda lendiaq sekali dengan darah. Ok, dah masa kena ke MMC.

Sampai MMC lebih kurang 3.30 petang, nurse cek jalan dah bukak 5 cm. Masa nurse check dia cakap baby macam dah berak kat dalam. Errkkk... Ok.. Jangan panik lagi. Baby is fine, cek jantung semua ok.


Time ne tengah layah contraction.

Aku kena tunggu dekat bilik kecemasan dulu sebab labour room penuh.

Lebih kurang jam 5.15 petang, masuk labour room. Mental dan fizikal dah bersedia nak sambut baby. Time Dr. pecahkan ketuban, dia tunjuk ayaq dah jadi kaler hijau-hijau sebab baby dah berak. So, kalau boleh Dr. nak keluaqkan baby cepat, sebab takut jadi apa-apa komplikasi dekat baby.


Time ne tengah hebat melayan contraction.



Yang tak bestnya, labour room sebelah ada sorang Arab tengah push nak beranak. Dia punya menjerit tu seram cek oooiii. Mengganggu mental aku betoi. Bleh sakit mental. Kehkehkeh. Dari relek-relek, terus qasa nervous. Dr. Haida pun tension dengaq Arab tu duk menjerit. Satu hospital bleh dengaq tau.

Ok, back to the story. Contraction makin kerap dan sakit lepaih ayaq ketuban dah pecah. Ntah la kali ne sakit tu lain macam sikit. Dr. pesan qasa sakit ja teran pelan-pelan bagi baby turun. Gas yang Dr. suruh sedut kalau qasa sakit tu pun tak berkesan dah aku qasa. Sakit lain macam cekk oooiii...

Bila sampai masanya untuk push, memang mental fizikal aku dah bersedia untuk push.

Sekali push, dua kali push, tiga kali push. Baby tak boleh keluaq lagi. Mr. Alon memang setia dekat sebelah bagi semangat. Empat kali push, lima kali push pun baby tak keluaq lagi....

Enam kali pushhhhhh......

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..