Nur Iman - Kakak To Be

♥Assalamualaikum♥


Sejak-sejak nak jadi kakak ne, nampak macam dah matang sangat. Tapi, nampak ja la. Hakikatnya tak pun. Manja tu melebih-lebih dari sebelum ne.. Kadang-kadang mengaku nak ada adik, kadang-kadang tak mengaku. Marah bila suruh sayang adik. Kihkihkihkih!!!

Sekarang Kak Long Khadeeja dah pandai berdikari sendiri. Bukak pampers, baju, seluaq. Even nak pakai pun, nak pakai sendiri. Makan lagi la. Selalu tanya nak ibu suap ka nak makan sendiri. Dia akan jawab nak makan sendiri. Kalau ibu masak atau ibu buat qeja rumah, dia akan masuk bilik dan busykan diri dengan mainan ngan contiang meja ngan dinding. Dak pun dia akan ajak ayah main. So, ayah terpaksa la redha, Nur Iman nak buat pa kat dia.

Bandung - Part 1

♥Assalamualaikum♥

Kali ne aku share trip ke Bandung selama 5 hari 4 malam. Kali ne kami travel bertiga ja campuq yang dalam perut 3 and a half. Kihkihkihkih!!

Tiket book masa Air Asia buat promo bulan Mac hari tu. Pasai pa pilih Bandung? Sebelum sampai tarikh promo tu, kami laki bini dah list beberapa tempat yang rasa nak pi. Perth jugak antara pilihan time tu. Tapi tiba-tiba ada terbaca satu post dalam group kat FB yang kata Perth sesuai untuk golongan yang dah berusia. Sebab lebih kepada pemandangan dan suasana kampung. Memandangkan dari awai dah plan, travel kali ni khas untuk Kak Long Khadeeja, so Perth terkeluaq dari senarai. Melbourne? Ramai yang suggest lebih sesuai ke sini kalau bawak anak. Tapi mahai...Hahahhahah!! Pun keluaq dari list.

Akhirnya, Bandung jadi pilihan. Antara tujuan utama nak ke sini sebab nak pi Taman Safari dan Trans Studio. Tapi, jangan tak tau, banyak lagi tempat yang sangat sesuai kalau kita bawak anak-anak.

By the way, masa book ke Bandung, ada jugak book ke destinasi lain untuk Februari 2018. Tapi nampaknya terpaksa la cancel sebab in sha allah, time tu adik Kak Long Khadeeja dah selamat dilahirkan.  Nak tukaq tarikh boleh, tapi harga yang nak kena tambah dah sama dengan harga masa booking. Next time la plan lain.

Kadang matawang Indonesia 

RM 1       = RP 3.110
RM 10     = RP 31.100
RM 100   = RP 311.000

RM321.5 = RP 1.000.000

Tukaq dekat Mid Valley. Kadar terendah yang kami dapat dalam banyak-banyak tempat yang survey.