About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Monday, 12 December 2016

Nur Iman - Almost 2 years

♥Assalamualaikum♥

8 DISEMBER 2016, KHAMIS

Diam-diam, Nur Iman dah nak masuk 2 tahun. Tinggai beberapa bulan ja lagi. Dah besaq, dah makin pandai, dah makin bijak. Dah pandai cakap jugak. Dah pandai sebut, ibu, ayah, mak, opah, tok, abang, kakak, tutup, bibird, macam-macam lagi la. Walaupun cakap tak berapa nak terus lagi, tapi mulut tu kalau orang tua-tua kata seropa bertih jagung. Pot pet tak berenti. Kihkihkihkihkih!!

Dugaan paling berat sekali, Nur Iman pernah jatuh dan kena jahit kat kepala. Mujuq la tak serius sangat dan anak ibu ne kuat, sekuat ibu ngan ayah dia. Hehehehehehe!! Tengok badan la kan. kahkahkahkah!! Masa kena jahit kat kepala tu, yang membuatkan semua orang heran, dia tak menguit sikit pun. Mungkin sebab terkejut. Mungkin jugak sebab implikasi lain, so terus doktor refer ke hospital. Sampai ja hospital, hah...amik hang. Bukan takat menguit, abeh dia tawaf satu kecemasan tu. Doktor pun penat tengok dia, terus bagi balik. Tak jadi nak observe sampai 6 jam.


Kepala ja berbalut, tangan dak kan? Jom makan..


Nur Iman ne ada angin dia jugak. Kalau mai angin dia, jangan duk teguq cek oiiii. Semua dia nak marah. Tambah plak la ne dah pandai merajuk. Amboiiii aihhh. Pantang kena maqah. Paling syok bila pi jalan-jalan, kalau dah tak laqat nak jalan, dia akan sua tangan kat ayah suruh dukung. Dia tak mau ibu dia dukung. Sapa yang untung?? Opkos la ibu, jalan sambil melenggang. Ahahahahahaha!!!




Makanan favourite dia, makanan yang jenis krup krap krup krap. Kalau malas nak masak, bagi ja dia makan nasi ngan ikan bilis. Tapi Nur Iman ne ikut mood jugak. Kalau mood elok, abeh la dia makan. Kalau mai mood tak elok, makan sesuap, pastu hat len cium lantai.











Swimming masih lagi jadi favourite Nur Iman. Pantang nampak ayaq, semua dia nak masuk mandi. Tak kira walau sejuk sekalipun. So, sekali sekala bawak dia pi tempat yang ada swimming pool. Maklum la, nak bina swimming pool sendiri, ibu ngan ayah dia tak mampu lagi. Hahahahahahaha!!







Posing memang nombot satu mek ne. La ne dah pandai nak buat duck face. Kalau nak keluaq pun dah pandai nak pilih sendiri kasut mana nak pakai. Kalau bab kasut, memang sebijik ikut ayah dia. Gila kasut... Pantang nampak kasut, semua dia nak.


Tudung ibu merangkap telekung Nur Iman




2 tahun yang penuh suka dan duka. Banyak suka dari duka. Moga berterusan macam tu. Dan moga Nur Iman membesaq dengan sihat dan jadi anak yang solehah.





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..