Melaka (Part 1)

♥Assalamualaikum♥

30 SEPTEMBER 2016, JUMAAT

We're back. Kali ne ke Selatan tanah air. Unplanned trip, tetiba ja Mr Azrol ajak pi jalan-jalan. Ingat nak jalan sekitar KL ja. ropanya diajaknya kita ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kecil tapak tangan, padang bola Stadium Old Trafford adinda tadahkan wahai kanda. Kihkihkih!!

Kebetulan memang ari ne mintak half day dengan bos sebab pengasuh Nur Iman ada hal petang nanti. So, alang-alang tu moh la kita pi holiday.

Balik tengahari, kelam kabut packing bag. Lepas solat Jumaat, kui 3 petang, kami bertolak. Perjalanan amik masa lebih kurang sejam, sampai Melaka kui 4 petang. Mai pun mengejut, so ikut nasib la hotel mana yang kosong. Tak dak kosong kita tidoq dalam qeta. Kihkihkih!!


 MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Fakta menarik mengenai Melaka yang harus anda tahu, pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan sebagai "Melaka Maju" pada 20.10.2010 pada jam 20.10 do Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka terletak di Pantai Barat Daya Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 1 650 km persegi. Melaka bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur.
Terdapat banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah seperti Banda Hilir, Kota A'Famosa, Kota St. John, Gereja St. Christ dan sebagainya. Pelajarilah sejarah Melaka.


Nur Iman - Almost 2 years

♥Assalamualaikum♥

8 DISEMBER 2016, KHAMIS

Diam-diam, Nur Iman dah nak masuk 2 tahun. Tinggai beberapa bulan ja lagi. Dah besaq, dah makin pandai, dah makin bijak. Dah pandai cakap jugak. Dah pandai sebut, ibu, ayah, mak, opah, tok, abang, kakak, tutup, bibird, macam-macam lagi la. Walaupun cakap tak berapa nak terus lagi, tapi mulut tu kalau orang tua-tua kata seropa bertih jagung. Pot pet tak berenti. Kihkihkihkihkih!!

Dugaan paling berat sekali, Nur Iman pernah jatuh dan kena jahit kat kepala. Mujuq la tak serius sangat dan anak ibu ne kuat, sekuat ibu ngan ayah dia. Hehehehehehe!! Tengok badan la kan. kahkahkahkah!! Masa kena jahit kat kepala tu, yang membuatkan semua orang heran, dia tak menguit sikit pun. Mungkin sebab terkejut. Mungkin jugak sebab implikasi lain, so terus doktor refer ke hospital. Sampai ja hospital, hah...amik hang. Bukan takat menguit, abeh dia tawaf satu kecemasan tu. Doktor pun penat tengok dia, terus bagi balik. Tak jadi nak observe sampai 6 jam.


Kepala ja berbalut, tangan dak kan? Jom makan..

Kelantan - Terengganu Trip (Part 3)

♥Assalamualaikum♥

24 APRIL 2016, AHAD

Hari kedua dan last di Pulau Perhentian. Rasa tak puas plak, dah nak balik dah hari ne. Hari ne bangun awal, breakfast dulu. Pagi ne kami akan ke Kincir Angin. Penah tengok orang viralkan gambaq dekat sini, view memang cantik sangat....




Kelantan - Terengganu Trip (Part 2)

♥Assalamualaikum♥

23 APRIL 2016, SABTU

Bangun pagi, tuan rumah dah siapkan sarapan untuk kami. Thank u tuan rumah. Pagi ne kami akan bertolak ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Nak kemana? Jeng..jeng..jeng..

Oh, sebelum tu, lewat malam semalam, Ali & wife, Nina sampai. Depa bertolak lambat sebab tunggu Nina abeh qeja dulu.

8 pagi, bertolak dari Pasir Mas. Sampai di Jeti Kuala Besut, Terengganu kui 9 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam. Sepanjang jalan, Nur Iman tidoq. Semalam tidoq tak cukup, so kita bagi dia tidoq puas-puas dulu.