Kelantan - Terengganu Trip (Part 1)

♥Assalamualaikum♥

22 APRIL 2016, JUMAAT

Yehaaaaa, jom ikut iollss. Kali ne kita ke negeri Pantai Timur. First time Nur Iman jalan-jalan ke Pantai Timur. Trip kali ne beramai-ramai dengan office mate Mr. Alon. Aku & family, ali & wife termasuk dua anak dara trang tang tang Sari & Zura.

9.30 pagi gerak dari rumah  ke ofis sebab meeting point kat ofis Mr Alon. Lepak makan dulu dekat kedai mamak sementara tunggu anak dara dua orang lagi sampai.

10.40 pagi gerak dari Putrajaya.


First time ke Pantai Timur dari Kajang. Tak dapat aku bayangkan macam mana sabaqnya orang Kelantan balik beqaya. Dah la jauh. Fuhhhh..Kebaih pungkoq cek oiiii...

Sepanjang jalan, memang Nur Iman banyak tidoq. Cemuih dah qasanya tu. Kihkihkih...Lebih kurang 7 petang, kami sampai Pasir Mas.




Untuk malam ne, kami bermalan kat rumah ofismate Mr Alon, Am. Thank you Am & family sebab sudi layan kami, jamu kami makan.

Lepas rehat-rehat, makan, kami keluaq ke Wakaf Che Yeh. Syurga wanita. Kihkihkih!! Penat gak la tawaf  Wakaf Che Yeh tu. Sempat sambaq kain pasang ja. Dah penat dah nak shopping pun. Qasanya sapapun ke Kelantan, mesti akan ke Wakaf Che Yeh kan. Katanya wajib ke Wakaf Che Yeh kalau berkunjung ke Kelantan.

Wakaf Che Yeh ne sebenaqnya macam pasar malam biasa. Siangnya kat sini pasar borong yang jual barang basah dan barang asas, sebelah malamnya plak pasar malam yang jual bermacam jenis barang. Yup, pasar malam uolllsss, yang tersangatla meriahnya. Hujung minggu Wakaf Che Yeh bukak sampai 2-3 pagi. Jangan lupa time qaya, aku confirm mesti bukak sampai ke Subuh.

Tapi ingat, pastikan qeta anda dikunci dengan segala jenis kunci yang ada, banyak jugak berlaku kecurian qeta kat sini. Dan satu lagi, tolong beringat. Tolong sangat-sangat. Tolong beringat jangan shopping sampai tak ingat dunia. Kihkihkihkih!!  Pikiaq masak-masak sebelum keluaq duit, jangan balik menyesai sebab duit dah abeh.


This is Zura & Sari






Penat pusing satu Wakaf Che Yeh tu. Nur Iman ja yang tak penat Hai la anak. Tolong orang meniaga pun boleh. Sementara tunggu ibu duk memilih kain, Boleh plak dia menempek tang tu. Tolong bodek abe tu, bagi ibu dapat diskaun banyak-banyak. Kihkihkih!!

Done ke Wakaf Che Yeh, kami ronda-ronda sekitar KB ja. Then balik rehat, esok masih panjang perjalanan.


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..