Langkawi-Penang Trip (Part 2)

♥Assalamualaikum♥

3 MAC 2016, KHAMIS




Second day kat Pulau Langkawi. Buka ja mata, dengaq deruan ombak memang bahagia rasanya. Pagi ne tak rushing ke mana-mana, so bermalas-malasan dulu dalam bilik sementara tunggu Nur Iman bangun.

Excited nak bawak Nur Iman jalan-jalan tepi pantai. So, pagi ne sebelum ke mana-mana kami jalan-jalan dulu kat tepi pantai, then terus lapik perut dulu dengan bekalan roti dan terus ready untuk ke destinasi seterusnya.







Telaga Harbour Park

Kalau nak ke cable car, wajib singgah sini dulu. Telaga Harbour Park ni menjadi tempat persinggahan kapal-kapal layar persendirian. Juga lengkap dengan restoran, surau, tandas dan stesen minyak. So, jangan lupa singgah sini tau sebab view kat sini sangat cantik.





Dekat sini jugak ada rumah api, comel ja. Disebabkan kemalasan kami memang dah terbukti sejak azali lagi, memang tak la nak berjalan pi kat rumah api tu kan. Hahahahahahah!! Jauh cek oiii..(padahai tak jauh mana pun). Pasai pa masa zaman bujang-bujang dulu tak penah terpikiaq nak jalan sampai ke rumah api tu ha???


Gambaq ehsan GOOGLE

Cantik kan? Memang sesuai sangat untuk buat photoshoot kat sini. Tambah-tambah kalau wedding photoshoot. Pergghhhhhh!!

Pantai Kok

Persinggahan seterusnya adalah Pantai Kok. Pantai ne terletak tak jauh dari Telaga Harbour Park. Pantai ne agak sunyi sebab tak ramai orang yang ke sini. Disebabkan tak ramai orang, so pantainya masih bersih dan terpelihara.






Gambaq ehsan GOOGLE

Cable Car 

Ini bukan first time kami ke Cable Car. Dah bertime-time rasanya. Dulu lain, sekarang lain. Sekarang ne dah ada bermacam-macam tarikan selain cable car. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke website INI.

Tiket plak ada jugak dijual combo dengan tarikan yang lain, Tapi, disebabkan fokus utama kami memang nak bawak Nur Iman naik cable car, so kami tak beli tiket combo. Plannya, kalau turun nanti, rasa nak masuk baru beli tiket. Senang camtu, walaupun agak rugi. Hehehehehehe!!!

Sampai sana tengah hari. Turn kami 12.45 tengah hari. Dulu, tak dak time untuk naik cable car tau. Beli tiket terus beratuq untuk naik. La ne, dah ada time. So, tak dak la berkerumun sangat time nak naik tu. Dan untuk mommies yang bawak stroller, boleh tinggaikan stroller dekat petugas yang jaga cable car tu. Turun nanti terus amik.









Couple ne naik cable car sama-sama, asyik tenung Nur Iman ja. Rindu cucu kot.Hahahhaha!!







Kat sini tak banyak kerusi untuk kita duduk rehat. So dekat mana kosong tu, duduk ja bersila.Hehehehehehe!!
Kebetulan jumpa staf Pusat Rawatan Mahsuri - Wani & the gang

Dekat bahagian atas cable car, ada  Sky Bistro. Dah penat jalan-jalan, rehat sini dulu. Boleh la basah-basahkan tekak, kenyang-kenyangkan perut dulu.



Nur Iman tengah bercukcak dengan uncle tu. Suka-suka hati dia ja tau.














Turun dari cable car dah hampir 5 petang. So decide terus balik chalet, sebab masing-masing dah penat. Kan dah cakap, nasib baik tak amik tiket combo. Kalau tak kena la masuk jugak tempat lain tu dengan mood letih. Hehehehehehe!!

Aktiviti petang tu, bawak Nur Iman mandi pantai. First time Nur Iman nak mandi pantai ne. Tengok dia excited, semangat betoi tengok pantai tu. Tapi, hampehhhh. Sampai dekat terus tak mau jejak pasiaq dah, sebab takot dengan ombak. Hahahahaha!!




Bila bawak Nur Iman sampai ke tengah sikit, baru nampak dia enjoy sebab dah tak dak ombak kan. Takot ombak rupanya anak ibu ne.










Tengah syok-syok main pasiaq, dan la masuk sesuap dua dalam mulut. Hahahahaha! Nak rasa sedap ka dak pasiaq tu.





EE Burger

Malam, kami dinner dekat EE Burger. Antara restoran yang paling dikenali di Langkawi. Dulu, memang ne port wajib aku lepak. Semua ada kat sini, makanan western, goreng-goreng, makanan siam, satay. Senang kan! Kalau ke Langkawi jalan lupa singgah sini tau. Lokasi terletak di Jalan Trimula, Kuah.




Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan lancaq. Save energy untuk hari esok plak...


No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..