Dulu vs Sekarang

♡Assalamualaikum♡

Kalau dulu seminggu 2,3 kali tengok movie kat panggung wayang, sekarang tak lagi. Terpaksa la tunggu keluaq dvd, baru boleh tengok.

Kalau dulu, setiap hujung minggu mesti tak lekat kat rumah dari pagi sampai malam, sekarang tak lagi. Kalau nak keluaq, kena plan btoi2 nak kemana, dan tak boleh sehari suntuk keluaq.

Kalau dulu aku la bersiap paling lambat, nak mekap, nak lilit-lilit tudung la, sekarang tak lagi. Bersiap ala kadar, janji mantain gojes. Hehehe. Tudung pun kena cari yang instant ja. Mudah dan cepat.



Kalau dulu, rasa nak makan apa-apa, boleh terus pi terjah ja kedai makan, sekarang tak lagi. Kena tengok suasana kedai, kena tengok lokasi kedai dulu sesuai atau tak.

Kalau dulu boleh mandi lama- lama, berscrub bagai, sekarang tak lagi. Dapat mandi 5 minit tu dah cukup heaven dah. Kalai dak tak sampai 30 saat. Kihkihkih.

Dulu lain, sekarang lain. Dah ada anak ne, nak buat apa-apa kena pikiaqkan anak dulu. Life dah tak sama macam hidup berdua. Paling sadis sekali, laki dah tak nampak kita, nampak anak dulu. Hahahahahahahahaha.... Ok, yang ne memang patut pun. Kena dahulukan anak dulu, baru la pasangan kan.






No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..