Baby is coming Part 1

♡Assalamualaikum♡

Rabu 25 Februari 2015

Hari ne last day aku qeja before cuti bersalin. Pulun siapkan semua qeja. Hati dah kat kampung dah time ne. Semangat nak balik kampung katakan. Memang kami plan nak balik 2 minggu awai before due date.

Hari ne masih rasa macam biasa, tak dak rasa sakit-sakit, masih kuat nak berjalan. Kawan-kawan pun kata lambat lagi ne nak bersalin, perut tinggi lagi. Aku pun harap apa-apa pun aku nak selamat sampai Kedah dulu. Tiap-tiap hari pujuk baby jangan keluaq lagi tau. Kita balik jumpa mak tok, opah dulu.

Lepas maghrib, kami gerak ke Sungai Buloh, ambik mak mentua dekat rumah Abang Long. Kebetulan sampai Mak Ndak dengan anak-anak. So, sembang-sembang, makan-makan dulu. Hampir 12 tengah malam, kami bertolak balik ke Kedah. Sempat lagi aku drive sebab Mr Alon dah mengantuk sangat-sangat. 5 pagi, kami selamat sampai Changlun.




Khamis 26 Februari 2015

Lepas lunch, kami ke Pusat Rawatan Mahsuri untuk first check up. Memang kami plan untuk bersalin kat sini. Check up dengan Specialist. Result semua ok, doktor scan anggaran berat baby mungkin dalam 3 kg lebih. Ok la tu kan, tak la besaq mana. Padan la dengan perut aku yg memboyot lebih tu. Hehehe. Doktor set untuk next appoitment 3 Mac.

Lepas check up kami ke umah Che Det, nak jumpa baby Rayyan.



Sempat la ambik tips dari anak Che Det, Ana. Ana pun bersalin dekat Mahsuri. So, dia suggest better ambik Dr Norhaida, MO dekat Mahsuri tu. Sebab katanya Dr Norhaida ne dia akan usahakan untuk kita bersalin normal selagi kita mampu. Kalau specialist dia macam tak mau amik risiko, kalau dia rasa kita tak boleh nak push dia akan terus tolak ke bilik bedah. Sempat jugak sembang dengan kawan Ati, Wani nurse dekat Mahsuri tu.



Petang, sebelum balik Changlun singgah rumah mak. Lepas maghrib kami terus balik Changlun.

Masih tak dak rasa apa-apa. Cuma rasa letih. Cakap kt Mr Alon nak rehat, tidoq. Mr Alon keluaq ambik adik dia dekat Stesen Bas Shahab Perdana.

Dalam 10.30 malam, masa tengah baring, tiba-tiba rasa ayaq keluaq dari celah kangkang. Terkejut, terus bangun. Eh, aku terkucil ka, tapi tak rasa pun nak terkucil. Terus lari masuk toilet, ayaq masih keluaq skali dengan lendiaq putih jernih macam putih teluq. Ayaq ketubankah? Habaq kat mak mertua, dia kata ayaq ketuban kot. Mak mertua pun tak pernah rasa pengalaman ayaq ketuban pecah. So, terus call mak, Kak Pina, Wani. Wani kata mai check kat Mahsuri, kebetulan dia memang qeja time tu. Habaq kat Mr Alon, tunggu dia sampai, kami terus ke Mahsuri.

Sampai Mahsuri, cek bukaan belum ada. Malam tu admit, rehat dekat wad. Time tu macam-macam rasa ada. Nerves dan happy sebab tak sabaq nak jumpa baby. Aku ingat lmbat lagi aku nak bersalin. Tapi......



sampai kat Mahsuri, terus masuk ke labour room untuk cek bukaan...

time ni aku masih mampu tersenyum...

nampak dak muka risau aku tu??? ketaq + takut jugak sebenaqnya...





No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..