Novel Review

♡Assalamualaikum♡



MAGIS
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Naskhah terbaru dari novelis THRILLER no. 1 Malaysia.

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.


MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
Penulis : Acik Lana

Dua dunia yang berbeza bagai langit dengan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?


CERITA CINTA AHMAD AMMAR

"Dunia biarlah berpenat. Akhirat tempat aku berehat"

Perjuangan yang belum selesai.

No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..