About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Sunday, 26 October 2014

Simptom

♡Assalamualaikum♡

Sebelum mengandung dulu selalu tengok gelagat ibu-ibu mengandung. Ada yang mabuk, ada jugak yang tak mabuk.

Bila diri sendiri dah pregnant, baru kita boleh rasa. Alhamdulllah, nikmat semua tu.

Lain orang lain simptomnya. Tapi tuan badan mesti dah boleh dapat feeling-feeling yang dia mengandungkan walaupun tak cek lagi kan.

Masa awal-awal dulu aku dah boleh rasa besaq kemungkinan aku pregnant, tapi saja buat- buat tak tau sebab takut nak mengharap sangat.



Alhamdulilah, aku rasa semua dipermudahkan, sebab aku tak dak alah, mabuk langsung. Semuanya macam biasa, cuma satu ja perubahan yang ketara bila time makan. Nafsu makan aku dah tak macam dulu. Memang nampak sangat nafsu makan tu membuak-buak. Pantang nampak, bau atau dengaq pasai makanan, mula la aku rasa lapaq. Aku bantai ja apa yang aku nampak depan mata. Hahahahaa..mimi yang sekarang bukanlah yang dulu.😝 Mr Alon dah tak boleh nak kata apa dah, hehehehe...

Satu lagi yang nampak ketara masa awai pregnant, asyik nak tidoq ja. Mengantuk 24 jam. Yang ne memang semua orang prasan. Mana taknya, sampai ofis pagi-pagi aku akan lelap dulu kat meja. Time breakfast, celek bijik mata. Buat qeja sikit, dalam kui 9, 10 mata dah mula nak pejam balik. Aku tak kira, ada bos ka tak dak ka aku lelap jugak. Tak tahan uolllss. Sory bos, tak sengaja nak lena. Bleh pejam stengah jam pun dah ok. Lepas lunch, perut kenyang, pun mengantuk lagi. Petang dalam kui 4 camtu mengantuk lagi. Hmmm, memang masa awai mengandung tu aku makan gaji buta la, sebab asyik lena ja. Hahahahahha...

Simptom tu ja yang aku alami, muntah, loya alhamdulillah memang tak dak. Cuma, aku akan rasa loya bila perut aku lapaq. Hahahaa. Macam lawak kan. Ka ada jugak yang rasa apa yang aku rasa??

Aku penah dengaq, ada yang time pregnant tak boleh nak bau badan husband. Hmmmmm, nasib la aku dak. Kalau dak, Mr Alon memang kena tidoq kt luaq la jawabnya. Hehehehe..

Apa-apa pun aku berharap semuanya dipermudahkan sehingga aku selamat melahirkan. Amin.....




No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..