Check List Travel

♡Assalamualaikum♡

Yehuuuuu...travel time...eh..eh..belum lagi..a few weeks more..hehehe..

Sebelum travel, pastikan anda buat check list tau. Penting untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar, dan tak dak yang terlupa..



1. Tiket flight
Pastikan anda survey tiket flight dari awal dan alert dengan setiap promosi supaya anda dapat tiket flight dengan harga yang murah. Aku? Air asia menjadi pilihan..

2. Hotel
Jangan lupa booking hotel awal-awal kecuali anda nak travel ala-ala backpackers. Survey hotel yang harga berpatutan dan selesa. Aku? Nak honeymoon uolllsss, opkos la booking hotel awal-awalkan. Senang, teratur semuanya. Aku booking melalui AirAsiaGo. Dapat hotel yang berpatutan dan cantik.

3. Travel guide
Bagi aku, kalau nak memudahkan percutian anda, lebih baik upah travel guide. Lagi senang untuk kita bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Dan lagi senang kalau pilih yang beragama Islam. Diorang tau masjid berdekatan untuk solat, restoran makanan halal. Jadi mudah untuk kita kan. Aku? Opkos la dah booking siap-siap travel guide. Senang untuk aku dan Mr Alon nanti.

4. Tempat menarik
Rajin-rajinkanlah diri menggoogle destinasi yang kita nak pergi tu. Study tentang tempat tu, lokasi-lokasi menarik, tips-tips, do and donts supaya mudah untuk kita nanti. Aku? Hahahaaaa. Dari awai lagi aku dah google. Macam-macam info yang aku dapat, tempat-tempat menarik. Siap ada buku lagi uolllssss...


5. Tukar wang
Sebelum travel, pastikan anda tukar wang terlebih dahulu. List berapa bajet anda, tukar wang lebih sikit dari bajet, mudah. Nanti kat sana tak yah dah susah-susah nak cari tempat tukar matawang.

6. Packing
Pastikan anda tidak membawa barang-barang yang tidak sepatutnya. Bawa baju yang sesuai dengan iklim tempat yang anda nak pergi.

7. Aktifkan pengeluaran antarabangsa
Ini pun penting. Aktifkan kad bank kepada pengeluaran antarabangsa sebelum travel. In case duit habis sebab shopping tak hengat duniakan, senang untuk kita keluarkan duit dari bank. Sediakan payung sebelum hujan yea uoollssss..

8. Pasport
Dalam atau luar Malaysia. Kalau luar Malaysia jangan lupa pasport uollls. Tak dak pasport tak dak travelnya. Aku? Hehehe. Sebelum ne tak dak pasport, Mr Alon ja yang ada. So, awal-awal lagi aku dah prepare. Kalau dekat Putrajaya, silalah ke Pejabat Pasport, Jabatan Imigresen, Menara Ikhlas, Presint 3.


Waktu operasi
Isnin-Jumaat : 7.30am-5.30pm (tutup 1pm-2pm)
Sabtu & Ahad : 8.00am-1.00pm

Bayaran
2 tahun = RM 100
5 tahun = RM 300
(Ini harga untuk dewasa. Kanak-kanak dan warga emas murah sikit, tapi tak ingat berapa)

9. Kamera
Last but not least, KAMERA. Aku rasa ini tak kurang pentingnya. Hahaha. Tapi kalau dah ada smart phone yang canggih tu tak yah risau dah. Tu pun dah memadai. Janji boleh capture moment-moment terindah dalam percutian anda.x

Panjang lebar aku bagi check list, tapi kemanakah kita? Tungggguuuuuu......







No comments:

Post a Comment

♡Assalamualaikum♡
Sila tinggalkan komen anda di sini..