About Me

My photo
Nur Syamimi Jamaludin. Born on 16 March 1987. Servant's of Allah. A devoted wife to Mr Azrol Azizan. Ibu to Nur Iman Khadeeja. My blog my story, my rules. Any issues, do pm/e-mail me directly.

Wednesday, 21 February 2018

PUTERA

Isnin, 5 Februari 2018, 0647pm

Lahirnya seorang putera. Putera yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Putera yang akan melengkapkan lagi hidup ibu, ayah & kakak Khadeeja. Putera bauan syurga. Tak sabaq ibu nak peluk cium anak ibu.

Lebih kurang 10.30 malam, baru ibu dapat face to face dengan anak ibu. Saat menatap wajah putera ibu, ayaq mata hampir mengalir. Tak sangka ibu selamat melahirkan putera secomel ini. Alhamdulillah, sempurna tubuh badan, kulit hitam hitam manis, rambut hitam lebat. Ibu bersyukur sangat-sangat anak ibu sihat.

Putera ibu, ayah & kakak,
Jadilah hamba ALLAH yang disayangi, rebutlah setiap peluang yang ada di muka bumi ini untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa disayangi dan diredhai olehNya.

Putera ibu, ayah & kakak
Ingatlah, taatlah pada ALLAH, agama dan ibu bapa. Ibu & ayah doakan anak ibu & ayah sentiasa berada dalam rahmatNya.

Putera ibu, ayah & kakak
Jangan sesekali lupakan YANG MAHA ESA.Jangan sesekali tinggalkan SOLAT.Jangan jadi anak yang derhaka.

Putera ibu, ayah & kakak
Ingatlah, nanti putera ibu akan menjadi abang kepada adik-adik yang bakal lahir, juga telah menjadi adik kepada seorang kakak. Jadilah abang/adik yang bertanggungjawab, sentiasa menjaga dan melindungi kakak, adik-adik dan juga ibu dan ayah.

Putera ibu, ayah & kakak
Ibu & ayah doakan semoga putera ibu & ayah menjadi anak yang soleh yang boleh ibu & ayah banggakan dunia akhirat.



Putera yang dinamakan MUHAMMAD IMAN ADWA....

Second Baby Is Coming - Part 2

♡Assalamualaikum♡

Sambungan Part 1

Sekali push, dua kali push, tiga kali push. Baby tak boleh keluaq lagi. Mr. Alon memang setia dekat sebelah bagi semangat. Empat kali push, lima kali push pun baby tak keluaq lagi....

Enam kali pushhhhhh, baby hampir-hampir keluaq. Dr. Haida cakap relek, amik nafas then push lagi. Last sekali, Dr. Haida decide terpaksa gunakan bantuan vacuum untuk keluaqkan baby.

Masa Kak Long Khadeeja dulu pun kena vacuum jugak, tapi memang aku tak qasa apa-apa masa Dr. masukkan vacuum tu. Tapi, kali ne memang teqasa cek oooiii Dr. masukkan vacuum tu. Haiisshhh..

Dah masukkan vacuum, aku cuba push lagi. Sekali dua, pluuupp teqasa baby keluaq. Tarik napaih lega aku. Nak teriak pun ada, nak gelak pun ada..

Dr. angkat baby letak sat ataih aku, confirmkan jantina baby boy. Then Dr. terus amik baby. Alhamdulillah, muka saling tak tumpah macam Kak Long Khadeeja. Sempurna, cukup sifat. Syukur ya Allah...

Bila dengaq suara baby qeyau baru qasa lega. Dr. panggil Mr. Alon untuk potong tali pusat dan untuk azankan baby.

Kelahiran kali ne, Dr. tak gunting tapi ada koyakan sikit. Dr. Haida kata sikit ja. Nak bius sikit ka nak tidoq teruih. Aku apalagi, tak pikiaq banyak dah. Terus habaq nak tidoq teruih. Hahahahahahha... Dr. Haida siap pujuk swoh bius sikit sebab koyak tak banyak pun. Aku tak kira, aku nak tidoq gk. Kehkehkeh.

Lepas masuk ubat, seminit dua teruih tak sedaq. Sedaq-sedaq dah lebih setengah jam, tunggu nak tolak masuk wad ja. Legaaaaa...

Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma baby Dr. nak observe buat sementara waktu.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



WELCOME TO THE WORLD PUTERA IBU, AYAH & KAKAK

Monday, 12 February 2018

Second Baby Is Coming - Part 1

♡Assalamualaikum♡

Jumaat, 2 Februari 2018

Hari ne hari last qeja sebelum balik kampung. Macam biasa aku amik cuti 2 minggu awai sebab takut terberanak dekat Putrajaya. Dah satu qeja nak kena import mak aku mai sini. Kihkihkih...

Lewat malam gerak balik Kedah dengan harapan tak terberanak dekat tengah jalan. Hahahaha..

Alhamdulillah, selamat sampai Changlun dengan jayanya. Time ne memang tak dak tanda-tanda baby nk keluaq lagi. Cuma ada qasa hint-hint awai ja. Tu pun sekali sekala.


Sabtu, 3 Februari 2018

Malam, first checkup dengan Dr. Haida dekat Mahsuri Medical Centre (MMC). Sekali lagi MMC jadi pilihan sebab dekat dengan umah. Lagi pun masa Kak Long Khadeeja pun bersalin dengan Dr. Haida. Dr yang sempoi dan best.

Alhamdulillah, baby dah engaged. Cuma tunggu masa nak keluaq ja. Time ne estimate berat baby 2.9 ke 3.0 kg. Kurang dari last checkup dekat KK Putrajaya, 3.3 kg.


Ahad, 4 Februari 2018

Petang ne sempat ke umah Che Det. Memang dari awai dah habaq kat Mr Alon kita kena pi umah Che Det sebab teringat ayaq nyioq pandan kat umah dia. Hehehehh.. Nak minum puaih-puaih sebelum baby keluaq. Sekali Che Det jamu 4,5 biji sorang. Puaih hati, balik tidoq lena...


Isnin, 5 Februari 2018

Pagi ne terjaga awai. Qasa tak sedap perut. Tapi relek-relek lagi. Pagi ne jugak ada checkup dekat KK Kubang Pasu. Drive sorang pi klinik sebab Mr Alon duk umah jaga Kak Long Khadeeja.

Dekat klinik mula qasa contraction tapi tak kerap. Boleh tahan dan layan lagi. Sambil drive balik umah, sambil layam contraction.

Sampai umah, makan dulu, rehat-rehat. Lebih kurang jam 11 pagi, contraction makin kerap. So, apalagi mula la guna app dekat phone untuk kira time contraction. Makin lama, makin kerap dan konsisten 30-50 saat dalam masa 4-7 minit sekali. Habaq kat Mr Alon tak yah pi MMC lagi sebab masih bleh tahan qasa contraction tu.

Tengah hari, mandi, lunch dekat umah dulu. Then jalan-jalan dalam rumah layan contraction. Tiba-tiba ada qasa something keluaq. Turun tanda lendiaq jernih. Time ne pun cakap kat diri sendiri, relek jangan gabra, belum masanya lagi. Sempat mandi lagi sekali dengan ayaq panaih. Time mandi turun lagi tanda lendiaq sekali dengan darah. Ok, dah masa kena ke MMC.

Sampai MMC lebih kurang 3.30 petang, nurse cek jalan dah bukak 5 cm. Masa nurse check dia cakap baby macam dah berak kat dalam. Errkkk... Ok.. Jangan panik lagi. Baby is fine, cek jantung semua ok.


Time ne tengah layah contraction.

Aku kena tunggu dekat bilik kecemasan dulu sebab labour room penuh.

Lebih kurang jam 5.15 petang, masuk labour room. Mental dan fizikal dah bersedia nak sambut baby. Time Dr. pecahkan ketuban, dia tunjuk ayaq dah jadi kaler hijau-hijau sebab baby dah berak. So, kalau boleh Dr. nak keluaqkan baby cepat, sebab takut jadi apa-apa komplikasi dekat baby.


Time ne tengah hebat melayan contraction.



Yang tak bestnya, labour room sebelah ada sorang Arab tengah push nak beranak. Dia punya menjerit tu seram cek oooiii. Mengganggu mental aku betoi. Bleh sakit mental. Kehkehkeh. Dari relek-relek, terus qasa nervous. Dr. Haida pun tension dengaq Arab tu duk menjerit. Satu hospital bleh dengaq tau.

Ok, back to the story. Contraction makin kerap dan sakit lepaih ayaq ketuban dah pecah. Ntah la kali ne sakit tu lain macam sikit. Dr. pesan qasa sakit ja teran pelan-pelan bagi baby turun. Gas yang Dr. suruh sedut kalai qasa sakit tu pun tak berkesan dah aku qasa. Sakit lain macam cekk oooiii...

Bila sampai masanya untuk push, memang mental fizikal aku dah bersedia untuk push.

Sekali push, dua kali push, tiga kali push. Baby tak boleh keluaq lagi. Mr. Alon memang setia dekat sebelah bagi semangat. Empat kali push, lima kali push pun baby tak keluaq lagi....

Enam kali pushhhhhh......

Sunday, 11 February 2018

Official Photo - Second Baby Maternity Photoshoot

♡Assalamualaikum♡

Last minit buat sesi Maternity Photoshoot. Plan 2,3 minggu awai, tapi disebabkan faktor kesihatan dan cuaca terpaksa postpone beberapa minggu. Alhamdulillah, all went well. Walaupun agak mencabaq dengan kerenah Kak Long Khadeeja. Sabaq ja la. Shoot sekitar kawasan Putrajaya ja sebab dah tak laqat nak pi jauh-jauh.


Official Photographer : Han Adam

Astaka Morocco, Putrajaya




Hi








Taman Saujana Hijau, Putrajaya















Menara Ikhlas, Putrajaya





Friday, 2 February 2018

Bandung - Part 4

♥ Assalamualaikum ♥

20 SEPTEMBER 2017 (RABU)

Hari ne excitednya lebih sikit. Sebelum ne Mr Alon selalu cerita pasai Trans Studio. Best katanya. So, jom kita tengok ada apa kat sini.

Seawal pagi bangun siap-siapkan Nur Iman, breakfast kat hotel. Lebih kurang jam 9 pagi, Pak Hairi pickup. Perjalanan ke Trans Studio dari hotel lebih kurang 15-20 minit.



Monday, 29 January 2018

Bandung - Part 3

♥ Assalamualaikum ♥

19 SEPTEMBER 2017 (SELASA)

Pagi, breakfast dekat hotel. Makanan, not bad, ada yang dah sedia ada. Ada yang boleh order. Untuk pagi ne, bubuq + keropok sayuq untuk Kak Long, Nasi Goreng Oriental untuk ibu dan ayah. Isi perut kenyang-kenyang, hari ne banyak tempat yang nak singgah.










Wednesday, 29 November 2017

Bandung - Part 2

♥Assalamualaikum♥

18 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Tujuan utama kami pilih Bandung sebagai destinasi travel kali ne sebab nak ke Taman Safari Bogor. So, hari ne kami akan habiskan sepanjang hari dekat sana.


Perjalanan dari Bandung ke Taman Safari ambik masa lebih kurang 3 ke 4 jam ikut keadaan jalan samada jem atau tak. Akan lalu highway dan juga jalan berbukit-bukit. Kalau mai sini, bukat takat anak ja yang excited, ibu ngan ayah pun excited.

Sebelum masuk Taman Safari Bogor, breakfast dulu dekat gerai tepi jalan. Lebih kurang macam medan, ada banyak pilihan gerai. Disebabkan pagi tadi tak sempat breakfast dekat hotel, perut pun dah lapaq, so sampai gerai terus cari nasi.

Ok, dah cukup tidoq, cukup makan. Jom kita jelajah Taman Safari Bogor. Sepanjang jalan untuk masuk ke Taman Safari Bogor, akan ada dijual sayuq untuk bagi haiwan makan. Boleh beli dari mana-mana kedai, harga sama ja dekat semua gerai. Seikat RP 5.000.

Sunday, 8 October 2017

Nur Iman - Kakak To Be

♥Assalamualaikum♥


Sejak-sejak nak jadi kakak ne, nampak macam dah matang sangat. Tapi, nampak ja la. Hakikatnya tak pun. Manja tu melebih-lebih dari sebelum ne.. Kadang-kadang mengaku nak ada adik, kadang-kadang tak mengaku. Marah bila suruh sayang adik. Kihkihkihkih!!!

Sekarang Kak Long Khadeeja dah pandai berdikari sendiri. Bukak pampers, baju, seluaq. Even nak pakai pun, nak pakai sendiri. Makan lagi la. Selalu tanya nak ibu suap ka nak makan sendiri. Dia akan jawab nak makan sendiri. Kalau ibu masak atau ibu buat qeja rumah, dia akan masuk bilik dan busykan diri dengan mainan ngan contiang meja ngan dinding. Dak pun dia akan ajak ayah main. So, ayah terpaksa la redha, Nur Iman nak buat pa kat dia.

Sunday, 1 October 2017

Bandung - Part 1

♥Assalamualaikum♥

Kali ne aku share trip ke Bandung selama 5 hari 4 malam. Kali ne kami travel bertiga ja campuq yang dalam perut 3 and a half. Kihkihkihkih!!

Tiket book masa Air Asia buat promo bulan Mac hari tu. Pasai pa pilih Bandung? Sebelum sampai tarikh promo tu, kami laki bini dah list beberapa tempat yang rasa nak pi. Perth jugak antara pilihan time tu. Tapi tiba-tiba ada terbaca satu post dalam group kat FB yang kata Perth sesuai untuk golongan yang dah berusia. Sebab lebih kepada pemandangan dan suasana kampung. Memandangkan dari awai dah plan, travel kali ni khas untuk Kak Long Khadeeja, so Perth terkeluaq dari senarai. Melbourne? Ramai yang suggest lebih sesuai ke sini kalau bawak anak. Tapi mahai...Hahahhahah!! Pun keluaq dari list.

Akhirnya, Bandung jadi pilihan. Antara tujuan utama nak ke sini sebab nak pi Taman Safari dan Trans Studio. Tapi, jangan tak tau, banyak lagi tempat yang sangat sesuai kalau kita bawak anak-anak.

By the way, masa book ke Bandung, ada jugak book ke destinasi lain untuk Februari 2018. Tapi nampaknya terpaksa la cancel sebab in sha allah, time tu adik Kak Long Khadeeja dah selamat dilahirkan.  Nak tukaq tarikh boleh, tapi harga yang nak kena tambah dah sama dengan harga masa booking. Next time la plan lain.

Kadang matawang Indonesia 

RM 1       = RP 3.110
RM 10     = RP 31.100
RM 100   = RP 311.000

RM321.5 = RP 1.000.000

Tukaq dekat Mid Valley. Kadar terendah yang kami dapat dalam banyak-banyak tempat yang survey.

Tuesday, 12 September 2017

Yang Taw Dia Taw Eksplorasi Pulau 1.0 - Pulau Kapas, Terengganu

♥Assalamualaikum♥

Berbulan blog tak diupdate. Bukan diri sendiri yang malas. Tapi malas dengan perangai manusia. Ada ja benda tak kena. Ada ja isu yang timbul. Anyway, past is past. Hidup perlu diteruskan. Cewahhhh. Hahahahahha..

Kali ne nak update percutian ke Pulau Kapas 22-25 April yang lepaih. Last kami ke Pulau Kapas, tahun 2008. Zaman bujang trang tang tang, zaman tengah hangat bercinta. Kehkehkeh... Kini kami kembali dengan kawan-kawan yang sama di bawah Kelab Yang Taw Dia Taw. Sebuah komuniti yang ditubuhkan bagi mengumpul rakan-rakan yang sukakan aktiviti outdoor. Ini kali kedua kami join aktiviti Yang Taw Dia Taw. Kali pertama kami ke Gunung Jerai.

Camping ne berkonsepkan family friend outdoor yang santai. Tak terikat dengan aktiviti-aktiviti yang ketat dan tak semua tidoq dalam khemah. Ada jugak yang tidoq dalam chalet. Termasuk la aku.

Macam biasa kami laki bini yang terlebih excited. Segala macam mak nenek kami beli. Tambah plak baru tau kewujudan kedai Decathlon Malaysia, Damansara. Memang membeli tak hingat. Mujuq ada jugak perasaan sedaq diri tu. Kehkehkehkeh...

Malam 21 April 2017, kami bertolak. Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Kapas bertolak jam 12 tengahari. Naik bot lebih kurang 15 minit dari Jeti Kuala Besut. Sementara tunggu trip kedua sampai untuk uruskan penginapan, kami lepak dulu dekat depan chalet. Oh ya, kami stay dekat Ombak Kapas Chalet. Jarak dari chalet ke tapak camping lebih kurang 10-15 minit jalan kaki.